Thursday, March 24, 2011

SABAH, BORNEO

Lama juga tak post apa apa dalam ni, al maklumlah ke-busy-an yang amat..
akan tetapi nya..ku muncul semula untuk menghiasi Blog aku nih!

pejam celik pejam celik...dah March 2011 so apa lagi? masa untuk ke pulau lah :)
kebetulan kawan aku bercuti ni, jauh dari Abu Dhabi..so plan punya plan dari Beijing-Jakarta-Singapore, last last destinasi liburan, kami pilih ke Sabah. Kenapa Sabah? cos Mot and MokG tak pernah ke Sabah story nya..


So, flight seperti biasa "Tambang Murah" everyone leh terbang!..Air Asia pilihan kami sekali lagi dan berkali kali :) Flight hari jumaat (11.03.2011) @ 8am, so mau tak mau masih ada lagi 3 hari bekerja..huwarghh! dan hotel pun seperti biasa melalui Booking.Com

**(oh aku kena fetch MokG @klia) hari Rabu ni, so celik pejam minus plus...Jumaat akan tiba jua..woo-hoo!!

So, tepat hari Jumaat bermulalah 'weekend escape' kami berempat, dari Petaling Jaya bertolak to LCCT and isi perut dulu dan apa yang patut sebabnya  perjalanan mengambil masa 2jam 30 minit untuk angin bayu membawa kami ke kota kinabalu, negeri di bawah bayu :)

Makanan kami seperti biasa dari dapur PakCik Naseer dan PakCik Lim, nasi lemak and nasi ayam...
Tepat pukul 10.30am AA pun landing baik punya. (terer! terer!) lepas aja keluar dari airport Terminal 2 KKIA (2) kami dapatkan teksi (RM30.00) terus ke Hotel Gaya Centre kat Jalan Tun Fuad Stephens, senang lepak sini sebabnya lokasi di tengah betul betul..


From KKIA 2 ke hotel tu dalam 10-15 minit aja, if jalan pun sampai gak tapi peluh la. Sampai aja depan lobi pukul 10.45am and we all try our luck untuk check in awal, sebab selalunya pukul 2pm baru boleh masuk. Terbaik di Sabah, sebab kami dapat kunci bilik dan terus masuk bilik...masing masing lepak sekejap and bermulalah jelajah Sabah.



First kami ber4 hitz waterfront..tak jauh tepi Hotel aja..jalan di tepi pantai (waterfront) ditemani bot bot nelayan dan ombak sepoi sepoi bahasa Sabah :)






sepanjang kawasan pejalan kaki tu sempat lagi snap photo..

Lepas aja bulatan terkenal ni..(yang ada ikan todak biru ni) kami pun pass by market KK, banyak hasil laut hinggalah ke kuda laut kering-apalah khasiat kuda laut nie? hermmm, menurut local biasanya dalam perubatan kaum cina, si kuda laut kering nie dibuat ubat, untuk penyakit dalam, luar even ringan..tapi kelebihan kuda laut nie kalau betul caranya pula, dibuat ubat untuk 'penyakit stamina' alaa..khasiat sama macam ginseng tu or pasak bumi...(so habis cerita aku menjual ubat-balik cerita Sabah yer..)



Lepas lalu market KK nie, first kami jumpa penjual- jual barang barang hasil laut-udang kering besar sini weii..ikan bilis, ikan tenggiri, terubuk masin sabah, gamat laut kering, scallop kering..boleh tahan harga gamat laut nie (kalau terer selam dah lama kaya kot?)

We all decided taknak beli hasil laut sebab banyak masa lagi, nanti aroma bilik berbau udang kering pula..so habis one block hasil laut, ternampak pula one block buah buahan...macam biasa ada buah pelam, pisang dan paling tak biasa..aku nampak sebungkus berwarna putih...."apa nie makcik?" buah apa nie? .....rupanya ubi kayu yang dah dilenyek dan dimasukkan dalam plastik, kata makcik nie senang nanti mau buat kueh..
oooo....macam tu ka kisah benda putih tu..menarik makcik nie punya idea!


itu la makcik tu....


Lepas habis aja aku menyiasat makcik ubi kayu tu, kami pun terus masuk ke handicraft market, dulu masa tahun 2005 ke Sabah, local gelar Filipino Market, but now jadi Handicraft Market. Sama aja tapi rasanya dulu beratap aja bukan kedai macam nie..tak kisah la! dah maju - asalkan ada souvenirs-woo-hoo!!

sebaik aja masuk, banyak souvenirs yang buat mata aku rambang dan gatal..semua nak! sampaikan gitar kayu comel nie pun aku nak! hahaha...So, misi utama kami ke pelusuk tempat- mencari magnet. Mata mesti tajam! nampak aja benda melekat kena rapat...


Memang banyak la magnet souvenir Sabah, 6 tahun dulu memang old-skool tapi sekarang aku bet Penang pun kalah! Hahaha...
Sekarang nie everywhere travel dan singgah, memang banyak local akan jual Magnet Souvenir (ini sebenarnya souvenir yang senang dibawa balik dan borong banyak -murah, so semua suku sakat leh dapat)-logik kan? dan lagi satu perasan tak? tshirt "I LOVE...." satu dunia ada...termasuklah Sabah :) mungkin trend sekarang kot..dan rasanya 2 tahun lepas dah start aku ternampak tshirt "I LOVE.." nie masa travel..
So, dalam Market Handicraft nie, kalau you guys nak beli tshirt for souvenirs tu, pilih quality sebabnya lain kualiti lain harga even design hampir sama..even ada yang sehelai RM10-15 tapi kualiti lain lah sikit - So, i bought one tshirt for RM25.00 memang mahal juga tapi kualiti menarik and sehelai aja, tidak menipiskan dompetku :)
(So sekian cerita aku jual tshirt ...)

Bila start mata aku rambang dan gatal tengok magnet magnet Sabah yang comey ni, mulalah tangan pun gatal sama..lepas satu, satu di ambil..lepas tu dah jadi dua, tiga, empat, lima dan seterusnya.....

Around 1.45pm kami terpaksa melepaskan diri dari dihantui magnet magnet tadi, sebab perut masing masing dah berbunyi. So, kami dapatkan seorang penjual (yang dah kami beli tshirt) untuk tanya kedai makan yang menarik..dan ditinggalkan terus kedai souvenir dia, dan bawa kami ke kedai makan..alamak! baiknya local Sabah nie :)
so, kami di bawa ke kedai yang selalu local ni makan, so lintas jalan, pusing kiri, pusing kanan ..sampai restoran "Happy Muslim" (menarik nama kedai :) and i am happy muslim too)


masakan terkenal sup daging sup tulang, so kami pun rasa sup Sabah. Alhamdulillah! kenyang :)
So, lepas aja makan sepatutnya me and ipin ke satu tempat, tapi telah terbengkalai plan, so kami ronda lagi pekan KK. So dalam perjalanan di tepi kawasan waterfront, Ipin ternampak boat local dan keinginan nak ke Pulau Gaya, tahap gaban bagi Ipin & aku jua :)
So, Ipin pun start 'conversation' with the local :) "brapa ya, kalau bawa saya dan kawan ke Pulau Gaya?" Local jawab " hermm....saya mau balik ke Pulau Gaya" (lepas 5saat) "Baiklah, RM50 untuk 4 orang, saya bawa pusing Pulau Gaya". Apalagi kami pun terus naik boat tanpa segan silu :)



Jarak dari KK ke Pulau Gaya dalam 10 minutes, so first kami di bawa ronda tengok perkampungan air- penduduk-Bajau Laut, tapi kebanyakannya orang Filipina yang masuk ke Sabah dan terus buat rumah atas air, ikut cerita seorang bekas polis dulu (masa first aku sampai Sabah). So, keadaan rumah, pakai papan nipis tu aja, dan adakala bumbung zink tu dijadikan dinding juga. Time kami meronda, ramai budak budak perkampungan air ni tengah mandi dan terjun ke laut. So lihat la sendiri rumah atas air ni....(ada kedai runcit atas perkampungan air ni tau tak?-terer kan?



Kami dibawa sampailah ke Sekolah Pulau Gaya, so sekolah ni sekarang jadi bahan bualan dan lokasi local bawa pelancong-untuk tengok sekolah atas air. kata local sekolah ni baru didirikan so kebanyakkan pelajar adalah anak orang orang laut tu sendiri...
 
"FOR SALE"

Even perkampungan laut ni nampak macam ni, tapi kehidupan yang aku nampak 'lebih ceria' dari aksi dan riak wajah orang orang laut berbanding warga kota yang sentiasa berkerut dahi dengan masalah hari hari especially beban hidup kota, masalah traffic lagi, masalah masyarakat kota yang penting diri sendiri (even jiran sebelah rumah pun jarang tegur), masalah hutang, masalah kerja dan bla bla bla...

Tak percaya kehidupan orang laut lebih 'indah', click sini :-
So, sampai aja "Jetty Gaya" kami di beri beberapa minit untuk naik ke Jetty dan tengok dari jauh sekolah, time tu even cuti sekolah, tapi ada juga budak yang bersekolah...(tuisyen kot) :)



Lebih kurang 45minit sekitar Pulau Gaya, kami pun cakap pada local tu, untuk bawa balik ke KK.
BEST WOO..BETUL...!!
So, sampai aja tepi waterfront, kami pun terus naik ke darat dan terus menuju ke Hotel, sebab macam penat la pula :)
On our way nak balik Hotel, sempat pulak singgah SURIA SABAH -shopping complex baru aja dibuka-panas lagi -woo-hoo so kami sempat masuk dan beli bekalan sebelum balik Hotel.
Tapi plan balik Hotel dibatalkan even semua dah mula sakit kaki, tangan etc. Kami nak ke Jesselton Point!!
Di Jesselton Point ni la tempat beli tiket boat untuk ke pulau Manukan, Mamutik, Sapi, Gaya, Sulug- 5 buah Pulau untuk dive dan lakukan aktiviti snorkeling....."TUNKU ABDUL RAHMAN MARINE PARK"
so, di Jesselton Point ni, kita boleh dapatkan package samada nak ke satu, dua, tiga pulau-ikut suka hati :)
Nak sewa boat untuk group sendiri or nak bersama dengan orang lain ke Pulau-pun ikut suka hati!

Muka control penat

So kami bercadang nak dapatkan tiket dan information pasal esok pagi ke Pulau Mamutik dan Manukan..





So, masa tengah cari information, kami ditegur oleh local nama "Robinson" (bukan robinson crusoe tu la..) so dia cadangkan sewa satu boat for 4 ke 3 buah Pulau dan ikut suka hati nak balik KK pukul berapa dan juga semua kelengkapan snorkeling tu disediakan kecuali makanan. Kata Robinson "makan kamu jangan bimbang, sebab disana ada cafe, cuma harganya sedikit mahal"....So, kami decided ikut Robinson dan bayar booking. Tetiba, bunyi henpon si Mot.............pasal Tsunami Jepun and maybe Sabah dilanda!! Sudah.....!!
Robinson!! kami TAKMAU ke Pulau!!! :(

...dan si Mot mungkin berdoa dijauhkan Tsunami sampai ke Sabah ..

Pukul 6.32 hasil kerja tangan Si Ipin

Hampir setengah jam jugalah kami di "COOL" kan oleh Robinson.....So, mari balik Hotel dulu dan tengok NEWS dan decide esok pagi nya........So, NEWS @ BBC tunjuk Jepun teruk sangat kena Tsunami on 11/3/2011 tu...dan polis Sabah penuh di kawasan pantai especially Kudat yang lebih dekat jarak ke jepun dalam 4thousand KM (++) if not mistaken..dan dinasihati oleh Polis-paras air akan naik from 6pm to 12midnite!! So, tidur dulu and try berdoa-angin bertiup opposite bawa Tsunami jauh dari Sabah :)
Balik hotel, mandi, keluar makan seafood di kawasan Waterfront- memang MURAH dan SEDAP!!
 
SAYUR-'PAKIS'(local rekomen)


SOTONG RASA "CIKEDEES" woo-hoo

IKAN BAKAR

TOMYAM DIPENUHI UDANG..
Day2- Pagi bangun, BBC NEWS jadi bahan rujukan dulu, lepas tu kami terus breakfast dan 'ushar' air laut-sebabnya jarak Hotel dan Pantai sangat dekat. Angin macam biasa, Ombak pun biasa- So, BBC tunjuk Tsunami ke arah USA dan hitz Hawaii dan California kena juga. So, cuaca pagi tu memang indah sangat! Dan kami terus cari Robinson!!


Teruk Jepun dilanda Tsunami 110311



menunggu si Robinson
By 10.30am kami dah tunggu Robinson di Jesselton Point dan Pulau Mamutik destinasi pertama kami, lebih kurang dari Jesselton Point ke Mamutik Island- dalam 20 minit juga la....
  


Ini jetty Mamutik- dari kayu jetty dah nampak ikan...








So, kalau ke Tunku Abdul Rahman Marine Park, di Jesselton aja kena fee sebanyak RM7.20 untuk keluar guna boat (selain boat, aku taktau la nak naik apa pulak untuk ke pulau) hehehe
So, bila dah masuk kawasan salah satu pulau, bayaran RM3 pula kena bayar, so resit RM3 tu simpan untuk bawa ke 4 pulau yang lain pula......**simpan tau!

Lebih kurang 2 jam kami di Pulau Mamutik...call Robinson untuk angkut kami ke second island -Pulau Manukan yang selalu diperkatakan...
so, dari Mamutik, pusing kiri, pusing kanan...Manukan Island pun kelihatan, dan Robinson pesan hubungi dia lagi untuk ke Sapi Island nanti....So berkampung lah kami di Manukan....










Jadi disebabkan Pulau Manukan ni lebih mesra alam,banyak soft coral dan ikan, dan ditambah pula pesanan budak lifeguard yang comey ...kami decided untuk stay di Manukan aja dan melepaskan Pulau Sapi. ..So, Robinson "Sila jemput kami pukul 4pm yer..?" Baik sungguh si budak lifeguard ni, siap bawa kami ke tengah laut dan men-demo lagi sambil memanggil ikan ikan..woo-hoo :) memang lah banyak ikan....sampaikan ikan yang dinner semalam (IKAN BAKAR) pun sempat beramah mesra dengan kami berempat...sempat juga ikan ni gigit-berebut roti yang aku bawa...
So, jam 4 pm, Robinson dah datang bersama boatnya untuk bawa kami pulang ke KK. Dalam perjalanan tu, sempat lagi si Robinson menyinggah Pulau Gaya, tapi masa tu dah start hujan-so kami pun terus ke Jesselton Point dan ke Hotel....memang penat!! ZZzzz.....

Day 3 - Today Ahad, so setiap Ahad, di KK ni ada satu pasar local yang menjual hampir kesemua barang local dan lebih murah sesetengah barang berbanding di Handicraft Market tu. So, pasar ni -PASAR GAYA atau GAYA MARKET tapi local bagitau aku namanya "SUNDAY MARKET"...apa apalah..


So, memandangkan kawasan Hotel kami cuma jalan kaki mengambil masa 5-10 minit (bergantung gaya jalan anda) kami pun terus menuju ke Gaya Market. Bertanya local sekali terus sampai Gaya Market...memang dekat dengan Hotel kami tinggal. Kalau you guys nak ke sini, landmark Jesselton Hotel -Maybank- White Coffee..pasti jumpa!

Memang banyak barang dijual di sini daripada hasil handicraft hinggalah anak kucing, angsa dan biji kopi :) memang menarik, dan semua penjual ramah dan langsung tak kisah if nak snap photo tapi tak pula beli barang dia...hehehehe...malangnya cuma sekali seminggu dan 5.30am sampai 1 tengahari..(kan bagus kalau extend masa sikit sampai ke petang)

Punya la banyak barang dijual....tengok ni..........
















So, tepat pukul 1tengahari, peniaga situ dah siap pack barang dan Gaya Market pun dah clear. Maybe kalau terlewat, majlis saman kot :)

Lepas ke Gaya Market, kami sempat menyinggah lagi untuk kali terakhir di Handicraft Market, untuk beli udang kering, bilis dan beberapa helai t shirt lagi....sampailah pukul 3pm balik ke Hotel untuk berkemas.






So, aku dan ipin keluar semula dari Hotel untuk ke Street Art terletak berhadapan SURIA SABAH.


Memang menarik sangat apa yang local hasilkan di kawasan bangunan yang ditinggalkan dan owner bangunan pun macam kasi permission pulak untuk local ni melukis apa yang nak..Aku sempat snap beberapa photo-sebab lokasi ni (untuk yang minat Street Art) pernah di iklankan oleh MAS sebagai salah satu destinasi untuk tourist even aku pernah terbaca dalam satu blog mengenai ART STREET SABAH nie dan setiap yang melukis hanya akan melukis apa yang hendak diperkatakan/diperingatkan/diproteskan kepada pihak berkenaan...Ini bukan vandalisme yer..sebabnya "owner" sudah kasi permission dan sempat diiklan oleh MAS untuk promosi Sabah! Ini Approved Street Art...
So, let's enjoy - "A local did this- Art Street in KK"


So, pukul 4pm kami terus naik taxi (RM30 juga) ke KKIA Terminal 2 untuk pulang ke LCCT.
Nampaknya, Sabah masih belum habis diterokai, pulau belum cukup 5 buah untuk diklasifikasikan sebagai Tunku Abdul Rahman Marine Park, Pulau Tiga (bermandi lumpur), Mount Kinabalu (4km mendaki untuk dapatkan certificate) dan Proboscis Monkey di Sungai Kilas pun menarik bila diceritakan oleh si Robinson. So, Sabah Again? Anyone.............