Wednesday, December 21, 2011

OMAN & UAE

ready? ...and  
GO la apa lagi...


22.12.2011
Day 1 - DUBAI - ABU DHABI semestinya ke KLIA la dulu, flight pukul 12 tengahari. Transit kejap dalam sejam kat Pakistan (wah!!!suspen gak Pakistan) sepatutnya dalam 7jam dah sampai Dubai Int. Airport tapi kat 10 jam jugak lah....

Karachi ni rupanya

tengah cuci kapai dan bubuh minyak
So sampai Dubai Airport punyalah jauh berjalan nak keluaq, dah la beratoq punya main panjang nak cop si passport tu. tapi nasib baik encem Pak Arab tu dgn jubah dia. So waktu keluaq aja, kawan dah tunggu so terus aja menonong naik keta dia -penat. Kami akan di bawa ke Abu Dhabi. (Jarak abu dhabi - dubai dalam 1jam ke 45 minit (ikut tahap press minyak))

We all henti Ibnu Batuta Mall dulu makan..pastu tukaq duit Oman pulak sebab Malaysia kat Ampang Park tu stock habis duit Oman, kena order. Omani Riyal atau OMR duit dia, lebih kurang sama kita jugak la lebih kurang tolak dua ringgit or seringgit lebih skit. Tapi duit Oman ni pelik skit.. siap ada Baisa. Baisa tu pecahan Omani Riyal sampai konpius jugak la nak kira duit....1/1000 ka 1/100 macam tu la pecahan OMR tu.


So, cerita pasal makan kat Dubai tadi tu. Kami dibawa ke food court. Biasanya kalau FC tu kita kat Malaysia budget RM10 dah leh dapat makan dgn minum skali. Tapikan......kujut aku makanan dia mahai wei berganda berribu lemon gitu Ada ka (memang ada) roti dgn kebab skit dan humus tu skali dengan ayaq coke dah dekat RM70.00..So, makan aja lah jangan banyak songgeh! Lepas makan, terus masuk Abu Dhabi nak jumpa tilam nak lena....


23.12.2011
Day 2- ABU DHABI - OMAN pagi pukul 5am dah terjaga, konpius waktu malaysia ka waktu abu dhabi...rupanya waktu abu dhabi. Macam lama lena pulak. So, kami pun terus siap dan nak keluaq rumah. Jam 7am di Abu Dhabi macam pukul 9am kat tempat kita, matahari dah bulat keluaq So, perjalanan ke sempadan akan ambik masa dalam 4-5 jam untuk cop passport masuk Oman (ikut Al Ain border)


Sepanjang jalan nampak pokok kurma, takla berapa jakun sangat sebab rasa macam pokok kelapa sawit kita. Tapinya.....tahap dewa Jakun jadi bila nampak padang pasir kaler OREN  Stop Stop Kami pakat turun, bukan apa, teringin nak rasa pasir kat padang pasir tu....kasaq ka haluish ka?



Nak tau apa rasa? Sungguh laaaa...Halus-malus..betoi tak tipu. Macam tahapp 'garam halus' tu.. lepas tu sejuk pulak pasir tu bila korek (kata mak aku 'cekau')




Then, kami berkelah situ sat, makan! Makanan tapau dari Malaysia - kelempong goreng cili/ sambai petai (untuk kawan aku yang dah lama tak rasa Petai)
Lepas tu kami teruskan perjalanan lagi..jauh la jugak. Sampai aja border Al Ain, kawan aku dah suruh simpan kamera. Simpan na! Jangan dok snap Pak Arab imigresen tu tau!...kata dia.


Rupanya, if snap juga pondok imigresen ala ala Danok-Siam tu, kalau la depa nampak, depa tahan terus dan suruh patah balik tak bagi masuk. Entah! Agaknya style sekuriti macam gitu kot..ikut la dah ada kat negara orang!


So, kat border lepas bagi insuran dan dokumen kereta, proceed ke tempat cop passport pulak. Sini kena la turun mengadap Pak dan Mak Arab tu..Slow-Melow sungguh! nasib tak panas...dah lepas cop, kami pun proceed teruskan perjalanan ke check point satu lagi pulak..... So, la ni status aku tak dok dalam Malaysia dan tak dok dalam UAE..tak bernegara!! hahaha....

So, lebih kurang 30minit mcm tu, sampai check point Oman. So sekali lagi procedure tengok dokumen kereta dan masuk mengadap. Oman- man ni...lebih rendah orang depa dari UAE tadi. Hanya berketeyap..kopiah tu, tapi comei kopiah tu kekaler lagi.

So, kat sini kena bayar sorang dalam RM200 untuk masuk Oman. Tapi bagi kawan aku yang ada kad kerja UAE so, dia kurang la dalam RM70 aja. (GCC memang murah)...lepas dah bayar, depa cop situ (Lupa! bayaran kena guna credit card, tunai tak boleh!) Aku ulang! CREDIT CARD sahaja.


So, lepas cop masuk Oman, kami pun terus melangkah masuk ke wadi Jizzi dan seterus ke Buraymi, Oman. Lain sungguh bila dah drive 10 minit masuk Oman. Oman banyak bukit batu..banyak kuari. kiri kanan aku nampak bukit batu. cantik! memang cantik! sebab UAE takdak benda ni.
So, lepas lebih kurang sejam kami henti sat untuk snap pic. Tempat ni menarik even takdak sapa berenti! Kihkihkih.....Cuba tengok...ala ala koboi gitu siap kepala tengkorak kambing lagi...




Then, kami pun terus memandu tanpa henti sebab jauh lagi perjalanan nak masuk MUSCAT. Tapi henti juga la, bubuh minyak yang murah itu dan cari kopi. Memang banyak kedai kopi di Oman. Jarak drive lima minit aja nampak kedai kopi..asyik asyik kedai kopi.

So sepanjang perjalanan ke Muscat tu, boleh kira jalan dia terus aja kedepan tanpa kona kona. Tapi di Oman ni banyak round-about ala ala Shah Alam, tapi banyak lagi la. Aku kira lima minit drive, satu round about, pastu jumpa lagi...sampai kira 7 round about aku lena ....


ini apa
inilah tempat bakaq kemeyan tu Replika. Round about ke berapa entahnya..


Terjaga bila mula nampak ala ala 'town' skit. Masa tu dah start nampak bangunan kerajaan, dan The Grand Mosque yang terkenal tu. Memang lawa. Sungguh!



So, dari situ ke Muscat dalam 45 minit drive dan kami sampai jam 4 petang waktu Oman.Memang dah start gelap macam pukul 7pm Malaysia. Masuk aja Muscat dah start nampak kereta banyak. So lebih kurang sejam juga cari Hotel, last jumpa Yayyy!
Kami ber4 so ambil satu apartment, dua bilik siap living (tv/acc/wh) dapur (mic/fridge). Estimated RM400 satu malam so lebih kurang RM100 sorang la. Luas dan selesa sangat. Ni gambaran dari hotel kami...depan bukit batu belakang bukit batu...rumah sepesyen aja. Hehehehe tak dak atap tapi berbumbung mcm kotak pun ada.

So, petang tu lepas mandi, kami keluaq cari makan dan ukuq jalan (ronda seround). Ramai orang Oman keluaq beli belah kat Lulu's (Lulu ni agaknya macam Giant kita la) dan ramai juga pekerja asing especially India dan Pakistan..macam rasa kat India pun ada..Haishhh!



24.12.2011
Day3 - MUSCAT - MUTRAH SOUQ so seawal yang boleh, aku bangun dan snap pic pagi tu atas bumbung Hotel. Memang cantik Oman. Aman aja rasa, tak huru hara tempat dia. So, kami mulakan perjalanan untuk cari Souq yang terkenal di Muscat - Mutrah Souq. Tempat yang semestinya dan wajib pergi. Mutrah Souq ni buka pukul 10 pagi waktu Oman, so kami sampai terawal dalam 9.15 sebab excited. Parking pun senang. So, masuk ke dalam Souq tu memang best gila...Mutrah Souq ni banyak pintu masuk, so kalau masuk pintu mana, ingat aja lah kang tak jumpa kereta (kalau naik kereta la)











Menarik bila nampak kedai kedai dah start buka. Ada yang start dengan bakar kemenyan dulu..dan jual bersepah kemenyan yang macam macam bau. Ada bau lavender dan berbagai. (mula aku ingat bau kemenyan Malaysia tu..suspen juga! Tapi tak..wangi pulak. Siap ada Mat Oman ni asap asap kan kat jubah dia...

So, kami kat Mutrah Souq ni cuma dalam 1jam, sebab banyak lagi tempat nak pergi. Esok masih ada! Hahaha...

Kami teruskan perjalanan keluar Muscat untuk tengok permandangan dari atas bukit batu batan tu. Memang cantik! Sangat.... betoi tak tipu! Ciptaan Allah! nganga aku tengok dan berebut nak snap pic even taktau angle mana yang sepatutnya sebab taknak waste apa yang mata tengok! So, kami ke Shangri- La's Al Barr Jissah Resort & Spa (Muscat Luxury Hotel),  Oman so kalau teringin hajat hati nak tempah buka web ni http://www.shangri-la.com/en/property/muscat/barraljissahresort yang terletak betoi betoi atas bukit batu ni, permandangan dari atas terus tuju ke laut Oman tu yang kaler biru sungguh. Betoi sungguh biru....







Ini pulak Yatch Club berhampiran Shangrila Hotel tu, ke bawah sikit jalan menurun bukit batu. So, kiri kanan background semua batu. So aku pun membatu diri juga sebab cantik sangat Oman ni. (memang tak sangka sebelum sampai Oman, tak dak gambaran dalam kepala rupa Oman, la ni dok nganga pulak)




So, kami banyak pusing ke kawasan sekitar Muscat, Clock Tower Ruwi yang terkenal tu tengah tengah bandar pun kami tawaf. Then, kami ke tepi laut. Memang lawa ayaq laut dia...menarik sungguh! (Oman sebenarnya berhampiran laut, so laut ni yang membiru ni adalah dari Gulf of Oman dan Arabian Sea .


Lebih kurang jam 630pm local kami pun gerak balik cari makan dan ke Hotel sebab dah start gelap.

25.12.2011
Day4 - THE CORNICHE, MUSCAT Owh! Krismas hari ni di Malaysia tapi di Oman tetap aman tenteram, sesuai untuk jiwa bercuti. So, kami start keluaq dari Hotel menuju ke Corniche, memang kena patut datang sini sebab salah satu tempat tourist even ala ala Padang Kota Penang tu. Tapi lebih menarik kot sebab kaler ayaq dia dan kebersihan satu sampah pun takda. Cuma yang takdak sotong kangkung/pasemboq kot hahaha




                                                               lawakan? ayaq lot dia...







So ini la Corniche tu sepanjang jalan ada laut. Memang lah tersangat lawa. Sungguh! So, bagi yang terus sampai Oman or tak memandu macam kami, adalah baiknya ambil Hotel kat sini. Sepanjang ni banyak hotel dan kedai makan. silalah tekan booking.com ya.. situ ada Mutrah Corniche Hotel dan sebagainya. (sambil promote Oman yang lawa itu)

So, tempat seterusnya kami ke Fort Jalali, Muscat. Sebenarnya Fort ni belakang Mutrah Souq ni, ini pun salah satu tempat menarik. Sini banyak army dia, so tak dibenarkan masuk sebab digunakan oleh Government Oman, cuma dapat ambil gambaq dari luar dan pegang batu.Hehehe




Berdekatan fort ni pulak ada Istana Sultan Janggut putih tu, Sultan Al-Qaboos tu..so ini palace dia dan sekitar tu pulak ada ministry of finance dan fort tu sebagai defence ministry dia. So, kami berbalik ke Mutrah Souq itu yang lebih menarik perhatian dan jiwa raga kami.




26.12.2011
Day5 - CHECK OUT! OMAN - ABU DHABI

So, seawal pagi kami dah pack everything dan check out dari Hotel. So, sebelum meninggal kan Muscat yang amatlah cantik, tertarik, menarik tu, kami singgah ke Pejabat Pos Oman (belakang hotel aja, 2 minit kot jalan) untuk capai matlamat si Kitty- beli poskad dan pos ke Malaysia bersama stem Oman dan Poskad Oman. Aku pun buat Menarik juga hehehe....

So sebelum meninggalkan Oman, sempat lagi masuk kampung untuk ke pantai ronda ronda. Menarik kan jalan nak masuk kampung ni...







Perjalanan sama jarak dan masa, so kami tiba Abu Dhabi tepat jam 9pm local.

27.12.2011
Day6 - WE DO DUBAI especially The Hard Rock Cafe & Bur Dubai 'The Souq'

Lepas masak, seperti biasa Aku & Dapur kami terus ke Dubai (jarak dalam 40minit dari Abu Dhabi) . So sampai aja di Dubai Festival City HRC dan berjam disitu, mana tak nya pilih pilih dan snap snap pic.






Dan di situ juga kami lunch di IKEA DUBAI. Menarik di IKEA sini, semua jenis lampu lampi harga berbeza dengan IKEA MALAYSIA tu.
Lantern RM25 di Ikea, Damansara tu..kan? Betoikan? Tapi di IKEA Dubai, harga dah convert jadi RM11.80 aja..so aku rembat la beli 3 biji hehehehe
Namun begitu, bila kena 'meatball' dia, Negaraku lagi sedap...

So, lebih kurang at 7pm juga la kami merayap tengok itu ini, tengok the Tallest Building in the world dan sebagainya. Hmm... memang lah tinggi dan kurus aja Burj Khalifa ni. Tak naik pun, because it will cost me about RM100 macam tu. Bukan berkira tapi...xpayah la kot

Sempat juga ke Bur Dubai, sini ada Souq lebih kurang sama macam Mutrah Souq di Oman  So, kat sini menarik sebab boleh naik Abra (boat mcm sampan ala ala 'tongkang' tu cost 1dirham seorang dan dia bawa ke seberang jalan untuk ke Spice Souq.

 

So sampai aja Spice Souq ni, Aku amatlah tertarik jiwa dan raga, sebab nya nak mencari Saffron! Betoi aku suka masak dan aku pun suka makan. So segala mak nenek rempah ada di jual di sini. Mat Arab tu siap ajaq kami macam budak sekolah nama nama rempah dan rupa rempah, aku pun nganga dan teruja hehehe.. belerang la, nila la sampailah ke viagra tu..haishhh!

Dan kat Spice Souq ni juga banyak buah buahan kering di jual termasuk la kacang cerdik tu yang dah di panggang berbagai perasa. ada rasa lemon, ada rasa original, ada yang bersaffron. Dan aku rembat perasa saffron. Saffron di Spice Souq ni murah dari Malaysia iaitu lebih kurang RM8.50 10gm....dan aku rasa murah lagi di India masa di Kulu, Manali aku beli satu botol dalam RM35 aja mat india yang tetiba muncul di cermin kereta, tapi mungkin jenis tak sama sebab kaler lain sikit lebih oren sirat dia di Dubai Spice Souq tu dan lebih wangi...

So, di sini lah pencarian tshirt untuk souvenir adik beradik yang macam keretapi menanti tu. So sini juga lah Ipin dan Kitty dapatkan collection Tshirt 'I HEART blablabla' Murah tshirt sini berbanding kedai kedai kat Mall tu, quality cotton. So, berpikul lah dengan magnet, postcard, tshirt, rempah (ini Aku la tu) dan segala mak nenek balik ke Abu dhabi semula untuk kira untung rugi.

28.12.2011
Day7 - THE DUNE BASHING

Dune Bashing kami di bawa ke Dubai...harga sorang lebih kurang RM200, tapi disebabkan mamat ni ada kesilapan teknik dan kawan aku bargain dgn garang, so dapat RM100.00 sorang. Makan transport depan tanggung. So bawak diri aja ikut dia...
memang rasa macam 'nak bunuh kami' ber4 pun ada naik 4X4 ni kat pd pasiaq...luruh jantung. apa taknya, dia kona aja rasa nak terbalik keta mcm cita tamil tu...tapi tak terbalik. terrer dia bawak. Nasib kurang sejam.
lepaish dia bawak menggila, dia henti sat suruh turun.
Tapinya, kalau sampai sini, cubalah sekali. Pengalaman penting


ni bukan rosak..mamat tu suh kami turun pi main pasiaq sat. dia sejukkan enjin kot.
so, dalam package dia macam macam la, naik untala, nek keta ka moto tu dgn helmet. sunset, dan last bawak masuk padang pasiaq lain pulak untuk dinner bawah khemah badwi dgn tarian depa. so, enjoyla kalau nak rasa jadi Badwi sat...(suka atau tak, menarik atau tidak..kena dgn citarasa atau dak, itu lain kira. Pengalaman yang penting....) Tapi aku suka menjadi 'local' walau sesaat kat tempat orang untuk menilai :)






Satu hari jugak la kami kat sini...tara nak tunggu pompuan atas tu abis menari.. :)

29.12.2011
Day8 - NO PHOTO PLEASE!!!! @ PALM JUMEIRA 'THE BEACH'

Seawal pagi, tadak la awal sangat...kami ke Dubai lagi. Kali ni di bawak ke pantai pulak. Palm Jumeira, menarik sini ramai pulak tu. lepas tu yang tak menariknya, tak boleh snap pix...(pulak dah! dh buat tempat menarik, x kasi amik pic..ada ada aja dgn arab ni)



ooowh gituka...pasai tu ka tak leh snap pic? oooo .....sambil ber4 buat international gossip (kelebihan orang Malaysia) kat Palm Jumeira. aku tak kira, aku nak gak amik gamaq...lawa ayaq lot dia...'blue' sungguh pantai nie .... kihkihkih...

30.12.2011
Day9- ABU DHABI FERRARI & SHEIKH AL ZAYED MOSQUE a must visit Mosque!

hari yang ke sembilan, kami ukur jalan Abu Dhabi. Mulanya ke area Yas Marina. tempat F1 selalu lumba tu. situ juga ada Ferrari World. Masuk RM250 sehari, so pusing main sampai lebam.. Tapi kami x masuk. Pandang aja.....(jimat RM250 aku)





                 Kapai Sultan Oman pun ada.. (bawak anak anak cuti sekolah ke Abu Dhabi kot)

So, abis aja lawatan cikgu suruh balik. Kami ke Hamdan Centre/Street mencari jubah untuk mak kami, kakak kami dan kami kami sekalian alam.
So abis aja ukur jalan Abu Dhabi kami ke Masjid Sheikh Al Zayed, masjid terbesar dan paling lawa pernah aku tengok. So, kalau rajin baca ni http://en.wikipedia.org/wiki/Sheikh_Zayed_Mosque kalau tak rajin tengok aja gambaq kat bawah.







31.12.2011
Day 10 - ABU DHABI 'the Fish Market Story' & ' Welcoming 2012 in Abu Dhabi'

So, harini last sebab esok nak balik ke dunia realiti. Memandangkan malam ni sambut new year 2012, so kami melawat pasar depa, beli seafood dan makan beramai. Seafood memang murah, agaknya sebab laut biru senang nampak ikan, udang ketam semua tu. So mewah penduduk Abu Dhabi makan makanan laut situ. Harga murah berbanding Negaraku, murah sangat!



Kami sempat ke Masdar City, yang sebenaqnya sebuah University di sana ala ala hi tech gitu. Lampu bangunan menyala bila kereta kami lalu, terer la...ada sensor..
kat sini juga ada keta ala ala zaman star trek, go green kata depa..comey aja


So ini antara jenis makanan yang sempat snap. bawah ni kambing dengan beriani, depa serve kat ampa sedulang, kenyang sampai esok. actually satu talam muat 3 perut...






tapi ini yang paling best! tu kat atas tu, roti depa penuh dengan cis memang sedap. nak beli baru dia buat dan bakar, so memang sedap antara yang pernah jumpa! Cara bakar pun old-skool...


01.01.2012 -02.01.2012
Day 11 & Day 12 - BYE BYE DUBAI

So, walaupun banyak tempat yang tak sempat jenguk sebab UAE terdiri drp 9 daerah, tapi berbaloi la kalau nak rasa keadaan Timur Tengah. Banding UAE terutama Dubai dan Abu Dhabi, Abu Dhabi lebih rileks dan aman, Dubai dah macam KL sesak dan banyak manusia (barang pun mahai).

Tapi Oman dengan style tersendiri yang aman dan slow pergerakan depa, so pilih destinasi ikut manapun  Oman atau Abu Dhabi, persamaan 'rasa arab-cuaca & pokok kurma & wadi & padang pasir & makanan' masih sama cuma yang membezakan pakaian depa, attitude local (Oman is better) dan kesesakan (Oman masih better) - my point of view lah....

                                                      garangnya kanan bawah ni...haish